Understanding Typography


What is typography?? What the use of typography??

Maybe ramai yang tak tahu apa tu typography, tapi mesti ramai tahu aper tu font, dan tulisan yang anda gunakan di dalam computer, juga abjad dalam penciptaan logo. Ramai tahu apa tuh abjad. Tapi tahu tak betapa rumitnya characteristic yang ada dalam satu2 huruf itu.

ada satu link yang saya nak share yang telah dishare oleh lecturer saya. Mengenai typography.

TYPE is SEXY, click here.


Principles of Typographic Design. Interactive lesson with a playful spin by Eric Zempol, Associate Professor of Graphic Design at Drexel University

Sharing is Caring. Harap post kali ni dapat membantu anda mengenal apa itu typography dan prinsip2 di dalam satu2 rekaan typography.

Tutorial : Ubah Startmenu button (Windows 7)


Baiklah. Buat pertama kalinya, saat2 bosan ni, saya akan buat tutorial cara2 mengubah start menu button untuk Windows 7.

Start menu button biasa :



Customize startmenu :




Apa yang anda perlu ada:

Custom start menu icon (utk button tu), file format : .bmp

contoh :



icon tu mesti mengikut urutan :
1) Bila button tu tak digunakan (neutral)
2) Bila mouse cursor over atas button tu
3) Bila button to ditekan

dan, anda perlukan software Resourcehacker untuk edit explorer.exe file (Ya, ini merupakan hacking dalam system file. anda perlu lakukan dengan hati-hati)

download di sini (resourcehacker)

Sebelum saya terangkan lebih lanjut bagaimana nak letak icon tu dalam explorer.exe tu, saya akan terangkan dahulu bagaimana nak buat icon button untuk startmenu.

Cara-cara membuat custommade startmenu button di Photoshop

1) Buka Photoshop anda.

2) Klik File>New. Buat new canvas berukuran 54x54 pixels. Skala "PIXELS" ok. jangan letak cm ker mm, nanti tak jadi.

Contoh:



3) Anda boleh design apa2 gambar yang anda mahu, atau anda nak copy paste dari internet macam saya buat pun boleh. Tapi pastikan satu icon sahaja dalam canvas 54x54 pixels tu, dan pastikan icon tu x der terlebih keluar dari canvas. Background : hitam

contoh:


Buat 3 icon, iaitu:

1) Bila button tu tak digunakan (neutral)
2) Bila mouse cursor over atas button tu
3) Bila button to ditekan

4) Setelah anda design, anda buat satu new canvas, berukuran 54 x 162 pixels.

5) Letak ketiga-tiga icon tadi dalam canvas tersebut secara vertical (ke bawah), mengikut urutan ini:

1) Bila button tu tak digunakan (neutral)
2) Bila mouse cursor over atas button tu
3) Bila button to ditekan

contoh:



6) Save file tersebut. File>Save As. Tulisla apa2 nama, janji format: .bmp. click save.

7) Akan keluar popup menu begini (lepas anda klik save):



ikut setting seperti di atas.

8) Klik OK.

Volla! Icon untuk Startmenu button anda sudah siap!

Sekarang, saya akan ajar macamana nak masukkan icon tersebut ke dalam explorer.exe, senang cakap nak letak kat start menu tu la.

Cara-cara untuk masukkan Custom Made Start Menu Button di Windows 7

Sebelum anda masukkan icon tersebut dalam pangkalan data explorer.exe, anda perlu take ownership ke atas file tersebut memandangkan ianya merupakan system file. Anda perlu lakukan ini agar software ResourceHacker yang anda download tadi dibenarkan untuk mengakses pangkalan data explorer.exe.

1) Buka drive C:\Windows. Cari explorer.exe.

2)Right-Click kat explorer.exe, klik properties.

3) Buka tab Security.



4) Klik Advanced.

5) Buka tab Owner.



6) Klik Edit.



7) Klik computer username anda (pada "Change owner to:"), contoh macam saya: AiRA. Lepastu klik OK. Kalau ada popup keluar, klik OK jer. lepastu, klik OK, ok, ok sampai dia tutup explorer.exe properties.

Anda sudahpun take ownership ke atas file explorer.exe.

8) Seterusnya, buka software ResourceHacker dan buka explorer.exe melaluinya. (C:\Windows\explorer.exe)



9) Expand (buka) bitmap folder di ruang kiri.



10) Sekarang expand option 6801 dan right click pada option 1033 dan pilih Replace Resource.


11) Klik Open File with New Bitmap button.



12) Cari file icon (.bmp format) yang telah anda design tadi.

13)Klik Replace.

14) Ulang langkah 10 hingga 13 untuk option 6805 dan 6809.

15) Sekarang, save file as explorer.exe kat desktop. (kat desktop yer, save file as. jangan save file, tu overwrite namanya. )

16)Pergi ker C:\Windows dan rename file explorer.exe ker explorer.exe.bak. File ini akan bertindak sebagai backup di saat PC anda nazak atau terdapat kesilapan berlaku ketika anda membuat tutorial ini.



17)Sekarang copy file explorer.exe di desktop anda ke C:\Windows.

18) Log off dan kemudian Log On untuk benda ni take effect.

Volla!! Dah siap rupanya. Anda akan dapat lihat icon ciptaan anda di startmenu button. Boleh ditekan-tekan lagi. hahaha

Terima kasih kerana membaca tutorial ini. Harap dapat membantu anda dan sedikit sebanyak mencambah kreativiti anda dalam rekaan bukan hanya rekaan untuk flyers, poster, packaging malahan PC yang anda gunakan di rumah sehari-hari juga dapat dihacking dan dijadikan canvas kreativiti anda. Sekian.

Sebarang pertanyaan dan cadangan boleh ditulis di ruangan komen post ini. Dialu-alukan sama sekali. :)